Assalamu’alaikum wrh wbr :)
Alhamdulillah pada minggu ini diberikan lagi kesempatan oleh ALLAH SWT kepada al-faqir untuk sama-sama meneruskan perkongsian perbahasan kitab kasyful-hijab war-ron ini.
baiklah tanpa membuang masa marilah bersama kita semua menghayati dan meneliti dengan cermat apakah persoalan seterusnya para Jin Mu’min kepada Al-‘Arifbillah Al-imam Sya’rani Qaddasallahu Sirrahu :
adakah seseorang atau satu makhluk itu akan dapat keluar dan membebaskan dirinya daripada ruang lingkup kemakhlukannya??
soalan ini bermaksud : dapatkah seseorang insan atau jin atau mana-mana makhluk itu membebaskan dirinya daripada bergantung kepada segala asbab?? sehinggalah dia tidak berhajat kepada apa-apa pun.
lalu Al-‘Arifbillah Al-Imam Sya’rani menjawab :

| manuskrip asal kitab at-ta'bir fi 'ilmi at-tazkir karangan al-imam qusyairi. |
PERHATIAN : ( tulisan
berwarna biru adalah kalam al-imam sya’rani, tulisan
berwarna ungu pula adalah kalam imam-imam yang lain yang menjadi rujukan
al-faqir, manakala
tulisan berwarna hitam pula adalah sekelumit syarahan dan penjelasan tambahan daripada
al-faqir yang jahil ini ) :
tidak ada satu makhluk pun yang akan dapat keluar
daripada ruang lingkup kemakhlukannya, kerana satu-satunya yang tidak
bergantung kepada sesuatu apa pun hanyalah dikhususkan buat PENCIPTA iaitu
ALLAH SWT.
samaada manusia, jin, malaikat, iblis, syaitan dan seluruh makhluk tidak akan dapat keluar daripada kemakhlukan serta tidak akan dapat membebaskan dirinya secara mutlak daripada ALLAH SWT.
ini kerana YANG MAHA KAYA dan BERDIRI DENGAN DIRINYA SENDIRI serta TIDAK BERHAJAT kepada apapun hanyalah mutlak dikhususkan buat ALLAH SWT sahaja.

sebagaimana yang kita tahu diantara NAMA-NAMA ALLAH SWT ialah “AL-GHANI”
(Yang Maha Kaya) dan AL-MUGHNI (Yang memberikan kekayaan kepada hamba-hamba
Nya).
di sini al-faqir ingin berkongsi kepada semua pembaca budiman rahsia dan
penjelasan NAMA-NAMA ALLAH SWT daripada sudut pandang kacamata sufi yang
dijelaskan oleh al-‘Arif billah al-Imam Abu al-Qasim Abdul Karim bin Hawazin
al-Qusyairi Qaddasallahu Sirrahu yang masyhur dengan panggilan “Al-Imam
Al-Qusyairi” di dalam kitab karangan beliau berjudul “At-Ta’bir Fi 'ilmi At-Tazkir (mengetahui
hakikat pada suatu ilmu yang diingat)”.
ketiga-tiga
ini adalah gambar manuskrip simpanan kerajaan saudi yang mana
berkemungkinan ianya dirahsiakan dan tidak dicetak di saudi kerana para
wahabi melihat kitab ini berunsur kesufian ahlus sunnah wal-jama'ah yang
tidak selari dengan aliran fahaman mereka.
kitab
lama ini mentafsirkan 99 nama ALLAH SWT. tafsirannya
amat halus dan amat jarang dihuraikan oleh mana-mana ulama' di zaman
kini.
dikatakan
bahawa di dunia ini hanya terdapat dua naskhah sahaja di dalam
simpanan. keduanya terletak di Perpustakaan al-Firdaus di Kota
Dusyambih, Russia.
kemudian ianya disalin dan dicetak dan disebarkan buat manfaat ummat islam.
untuk pengetahuan semua, kitab ini telah diterjemah di malaysia khususnya dan ada dijual di kedai-kedai buku dengan judul bukunya " TAFSIR SUFI DAN FADHILAT 99 ASMA' AL-HUSNA cetakan THINKERS LIBRARY (batu caves, selangor)" ianya ada dijual seperti di MPH SACC SHAH ALAM dan sekitarnya berharga RM 17.00 sahaja.

kitab ini amat penting bagi kita khatamkan agar kita mengetahui rahsia-rahsia disebalik NAMA-NAMA ALLAH SWT serta menambahkan lagi keyakinan kita di dalam beramal berzikir menyebut NAMA-NAMA NYA itu.
al-‘Arif billah al-Imam Qusyairi qaddasallahu sirrahu telah berkata di dalam kitabnya itu :
“AL-GHANI bermaksud : “YANG MAHA KAYA, yang tidak memerlukan sesuatu apa pun”.
![]() |
| The Rich One : Yang Maha Kaya |
AL-MUGHNI ialah “Yang memberikan kekayaan kepada
hamba NYA.” boleh juga diertikan sebagai “Yang memberi kecukupan”.
ALLAH SWT mengurniakan kekayaan kepada hamba-hamba NYA, tetapi tidak sama
diantara satu sama lain.
oleh sebab cetusan hajat itu juga adalah daripada ALLAH SWT, maka makhluk tidak
akan memberikan kesan manfaat dan mudharat untuk dirinya, bagaiamana pula dia
dapat membuatkan orang lain mengalami yang demikian??
![]() |
| The Enricher : Yang Memberi Kekayaan |
oleh itu jika diibaratkan makhluk berhajat kepada makhluk juga, maka ianya seperti
orang yang sedang dipenjara meletakkan nasibnya kepada orang yang dipenjara
juga.
sesiapa yang memohon keperluannya kepada ALLAH SWT, kemudian berpaling dan memohon kepada sesuatu selain daripada NYA, nescaya dia akan diduga dengan perasaan sentiasa mengharapkan kepada makhluk lain, lalu ALLAH SWT mencabut rahmat NYA daripada hati mereka.
tetapi tidak sedemikian keadaannya bagi seseorang yang sentiasa memohon kepada ALLAH SWT, maka dia akan dikayakan oleh NYA den diberikan rezki daripada saluran yang tidak diduga tanpa dinantinya.

| saling bergantung dan meletakkan pengharapan sesama makhluk seumpama orang yang sedang dipenjara dan meletakkan nasibnya kepada orang yang dipenjara juga. |
kekayaan yang diberikan oleh ALLAH SWT kepada hamba NYA itu ada 2 jenis :
pertama : kekayaan harta dan inilah kekayaan yang diberikan kepada orang awam, iaitu kekayaan majazi.
kedua : kekayaan yang murni, bersih dan jernih, inilah kekayaan yang diberikan kepada hamba-hamba pilihannya, dan ianya adalah kekayaan hakiki, kerana keperluan dan himmah (cita-cita serta semangat yang tinggi) lebih utama daripada hajat kepada harta.

hatta mereka-mereka yang mendakwa bahawa mereka tidak berhajat kepada ALLAH SWT
melalui asbab-asbab NYA. akan didapati bahawa mereka pada hakikatnya tidak
berhajat kepada asbab zahir kurniaan daripada ALLAH SWT dan bukannya bererti
mereka tidak berhajat kepada ZAT ALLAH SWT.
ini kerana seseorang hamba itu sekiranya dia lapar, dia akan berkata : “Wahai Tuhan, aku lapar”. maka di dalam keadaan ini sama ada ALLAH SWT akan mengurniakan kepada si hamba itu keupayaan menanggung lapar itu ataupun ALLAH SWT akan mengatakan kepadanya melalui lisan syara’ : “makanlah makanan itu”.
di sini al-imam sya’rani memberikan dua keadaan yang mudah difahami.

| para khawwas dikalangan para nabi, rasl dan auliya' ada yang dikurniakan oleh ALLAH SW suatu daya ketahanan tidak merasa lapar walaupun tidak makan dan minum dalam tempoh yang lama. |
pertama : sekiranya seseorang hamba itu lapar,
lalu dia mampu untuk menahan lapar tersebut, maka bukanlah bermaksud di sini si
hamba itu sudah bebas daripada ALLAH SWT, bahkan pada hakikatnya “kekuatan
menahan lapar” itu adalah kurniaan daripada ALLAH SWT juga.
ataupun keadaan yang kedua : sekiranya si hamba tadi lapar dan tidak mampu
menahannya, maka secara adat dan syariat zahirnya perlulah dia mengambil asbab
bagi menghilangkan lapar tersebut dengan memakan makanan yang direzkikan oleh ALLAH
SWT kepadanya.
ini menunjukkan bahawa pada hakikatnya kedua-dua keadaan di atas memberikan maksud setiap hamba itu sentiasa berhajat kepada ALLAH SWT YANG MAHA KAYA.
al-faqir teringat kalam salah seorang daripada guru al-faqir yang sentiasa al-faqir kasihilagi banyak jasanya kepada al-faqir iaitu asy-syeikh rohimuddin an-nawawi al-bantani asy-syadzuli ad-darqawi hafizahullah, beliau pernah menyebutkan di dalam pengajian kitab bersama beliau di rumahnya dengan mafhum :

| orang awam laparnya perlu kepada asbab yang menghilangkan kelaparannya itu iaitu dengan makan. |
RASULULLAH SAW bukanlah manusia biasa, tetapi manusia SUPER POWER dan baginda adalah THE CHOOSEN ONE IN MILLIONS.
sebagaimana syair para ‘arifin :
“Muhammad adalah manusia,
tetapi bukan manusia biasa,
baginda seumpama batu permata berbanding batu-batu biasa yang lain”.
lihatlah, betapa tingginya darjat RASULULLAH SAW, baginda tetap juga menjadi
hamba yang taat kepada ALLAH SWT dan merendahkan diri baginda kepada NYA, ini
kerana baginda sedar bahawa dirinya tetap di dalam genggaman ALLAH SWT dan
tidak akan dapat bebas melainkan sentiasa berhajat kepada NYA.
hamba tidak akan pernah bebas daripada
maqamnya selaku hamba, manakala TUHAN pula MAHA BERKUASA ke atas seluruh hamba-hamba NYA.
seseorang telah bertanya kepada imam kita iaitu Al-‘Arif billah Al-Imam Junaid Al-Baghdadi Qaddasallahu Sirrahu tentang ;
“ jika seseorang hamba itu tidak ada disisinya sedikit pun daripada dunia melainkan sebutir kecil biji benih sahaja, maka adakah dia akan menjadi seorang yang bebas daripada ALLAH SWT ??
lalu Al-Imam Junaid Qaddasallahu Sirrahu menjawab :
“seseorang penulis itu adalah hamba bagi sesuatu yang berbaki bagi dirinya walaupun satu dirham”. ”
“seseorang penulis itu adalah hamba bagi sesuatu yang berbaki bagi dirinya walaupun satu dirham”. ”
ini bermakna hamba adalah hamba walaupun dia hanya mengambil sedikit sahaja asbab dunia ini sebagai keperluan kehidupannya.
al-faqir teringat juga kalam yang dikasihi lagi dicintai al-mursyid asy-syeikh yusuf bakhour al-hasani asy-syadzuli ad-darqawi hafizahullah (iaitu guru dan murobbi kepada asy-syeikh rohimuddin an-nawawi al-bantani hafizahullah). syeikh yusuf hafizahullah ada menyebutkan di dalam majlis ilmu beliau di cairo ini :
![]() |
| Al-Mursyid Asy-Syeikh Yusuf Bakhour Al-Hasani Asy-Syadzuli Ad-Darqawi Hafizahullah. |
“ hamba adalah hamba selamanya dan TUHAN adalah
TUHAN selamanya.”
“ALLAH SWT adalah KHAALIQ (pencipta) sebagai faa’il (si pelaku) yang melakukan dan menzahirkan segala kehendak NYA ke atas MAKHLUK (yang diperlakukan ke atasnya).
“ALLAH SWT adalah KHAALIQ (pencipta) sebagai faa’il (si pelaku) yang melakukan dan menzahirkan segala kehendak NYA ke atas MAKHLUK (yang diperlakukan ke atasnya).
KHALIQ
tidak akan pernah menjadi makhluk, dan makhluk tidak akan pernah menjadi
KHAALIQ”.
aku bersyair kepada mereka (para jin) tentang sesiapa yang mendakwa dirinya bebas daripada ruang lingkup asbab :
“ sesiapa yang tidak pernah terpisah daripada dirinya akan hajatnya selama-lamanya,
maka bagaimanaka dia boleh melindungi dirinya sendiri sedangkan hajatnya sentiasa mendapatkannya,
terbuktilah
bahawa lemah itu adalah mazhabnya dan kefaqiran itu adalah maksabnya.”
bagaimanakah si hamba itu boleh keluar bebas daripada bergantung kepada TUHAN nya dan berdiri di atas dirinya sendiri sedangkan dia sentiasa berhajat dan memerlukan kepada TUHAN nya, maka jelaslah kefaqirannya (keperluannya) kepada ALLAH SWT dan terbuktilah sifatnya sebagai hamba yang lemah.
aku bersyair kepada mereka (para jin) tentang sesiapa yang mendakwa dirinya bebas daripada ruang lingkup asbab :
“ sesiapa yang tidak pernah terpisah daripada dirinya akan hajatnya selama-lamanya,
maka bagaimanaka dia boleh melindungi dirinya sendiri sedangkan hajatnya sentiasa mendapatkannya,
maka pada hakikatnya dia adalah seorang faqir yang berhajat kepada kepada
sesuatu,
| Asy-Syeikh Rohimuddin An-Nawawi Al-Bantani Asy-Syadzuli Ad-Darqawi Hafizahullah. |
bagaimanakah si hamba itu boleh keluar bebas daripada bergantung kepada TUHAN nya dan berdiri di atas dirinya sendiri sedangkan dia sentiasa berhajat dan memerlukan kepada TUHAN nya, maka jelaslah kefaqirannya (keperluannya) kepada ALLAH SWT dan terbuktilah sifatnya sebagai hamba yang lemah.
dan aku bersyair lagi :
hamba
kepada hawa nafsu itu cuba melarikan diri daripada KEKUASAAN KERAJAAN TUHAN
nya,
sedangkan
pada hakikatnya dia tidak akan dapat keluar daripadanya sedikitpun dan dia
sebenarnya sesat.
al-faqir meneliti bahawa
solan jin kali ini jika dilihat dari segi tertib adalah (soalan ke 58), ianya sama
sebagaimana soalan para jin yang ke 28.(sebagai makluman bahawa al-faqir menulis di blog ini tidak mengikut tertib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab)al-imam sya’rani ada menjelaskan di dalam soalan ke 28 bahawa hamba yang berhasrat untuk melepaskan dirinya daripada TUHAN nya adalah hamba yang sesat.
ini kerana hasrat itu datang daripada hawa nafsunya sendiri, hawa nafsu sememangnya sentiasa mencari jalan untuk lari daripada PENCIPTA nya. sedangkan dia tidak akan dapat lari daripada NYA sama sekali.
![]() |
| ALLAH : The Greatest Name |
kita selaku hamba adalah hamba yang “faqir ilallah” iaitu “hamba yang sentiasa berhajat kepada ALLAH SWT buat selama-lamanya.”
sebagaimana FIRMAN ALLAH SWT :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ
maksudnya : "wahai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji." ( Surah Al-Fathir : ayat 15 )
KESIMPULANNYA : hanya ALLAH SWT sahajalah bebas secara mutlak daripada segalanya, adapun hamba selamanya bergantung kepada NYA dan tidak akan terlepas daripada genggaman NYA.
"adakah mimpi yang benar itu adalah salah satu daripada jenis wahyu??"
nantikan kemunculannya pada post akan datang biiznillah!! :)
al-faqir amat mengalu-alukan dan mengizinkan kepada sesiapa sahaja untuk copy atau paste mahupun berkongsi kepada yang lain tanpa keizinan al-faqir :) silakan ye!! :)terima kasih semua kerana sudi membaca :)

al-faqir ilallah raja mahadi raja ahmad an-naqsyabandi al-khalidi